Sukan Komanwel: Pandelela Sumbang Emas Malaysia Dalam Acara 10m Platform Wanita

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pandelela Rinong menggondol emas dalam acara 10m Platform wanita di Kompleks Akuatik Dr S.P. Mukherjee di sini hari Isnin.

Penerjun berumur 17 tahun dari Sarawak ini yang memungut perak dalam acara 10m platform dan 3m springboard wanita di kejohanan Olimpik Belia 2010 di Singapura bulan lalu, mengumpul 371.05 mata.

Namun rakannya dari Sarawak Traisy Vivien Tukiet yang menggondol emas dalam acara 10m platform wanita di Sukma Melaka bulan lalu, hanya menduduki tempat kesembilan dengan 310.55 mata.

Australia memungut perak dan gangsa menerusi Melissa Wu dan Alexandra Croak.

Dalam acara 3m Springboard lelaki, penerjun negara Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson dan Muhammad Fakhrul Md Zain masing-masing menduduki tempat keenam, ketujuh dan ke-10 daripada 12 penerjun yang bertanding.

Pingat emas dan perak masing-masing dimenangi oleh Alexandre Despatie dan Rueben Ross dari Canada sementara Grant Nel dari Australia gangsa.

Acara 10m Synchro Platform lelaki akan berlangsung esok yang disertai Ooi Tze Liang dan Abd Rashid Muhammad, sementara Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong dalam acara 1m Springboard wanita.

Bryan, Ken Nee, Muhammad Fakhrul dan Ahmad Amsyar pula akan bertanding dalam 3M Synchro Springboard lelaki. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan