Atlet Sukan Komanwel Jadi Mangsa Malaria, Denggi

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tiga atlet dari luar negara menjadi mangsa malaria dan denggi, memaksa mereka menarik diri daripada Sukan Komanwel 2010.

Dalam kes terbaru, pemain ping pong Nigeria disyaki menghidap demam malaria yang serius, sekali gus meleburkan peluang pasukan yang pernah memenangi pingat dalam temasya di Melbourne pada 2006, untuk mengulangi kejayaan mereka di Delhi.

Terdahulu, pasukan lelaki Nigeria gagal meraih pingat gangsa setelah tumpas 0-3 ke atas India, Sabtu.

"Saya berasa tidak sihat kerana perut saya agak sakit, dan menjejaskan prestasi saya," kata Monday Merotohun, pemain veteran pasukan berkenaan.

Beliau berkata gandingannya dalam acara beregu Ekundayo Nasiru turut dijangkiti malaria.

"Dia memang sakit. Dia tidak berupaya untuk makan sejak dua hari lepas," katanya. Pasukan Nigeria membawa pulang dua pingat gangsa dari Melbourne.

Sementara itu, kes pertama disyaki denggi dalam kalangan atlet muncul selepas seorang peserta dari Falkland Islands dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.

Atlet berusia 20 tahun itu menunjukkan tanda-tanda menyerupai denggi, menurut laporan sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, para pegawai belum mengesahkan bahawa atlet terbabit menghidap denggi.

Di Delhi, menurut pegawai kesihatan bandar raya yang enggan dikenali, 79 kes baru denggi dilaporkan Jumaat lepas dan jumlah kes meningkat kepada 3,938 di bandar raya ini sejak monsun melanda bulan lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan