Tiada Atlet Malaysia Alami Masalah Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI:Tiada perenang negara dilaporkan mengalami masalah kesihatan berikutan laporan bahawa 12 perenang Australia dan 10 perenang England mengalami sakit perut semasa kejohanan Komanwel 2010 yang sedang berlangsung di sini.

"Setakat ini perenang dan atlet kita yang lain adalah sihat dan masalah kesihatan yang dilaporkan itu hanya membabitkan dua pasukan berkenaan," kata pengurus besar kontinjen Malaysia, Jefri Ngadirin.

Ketua Persekutuan Kejohanan Komanwel, Mike Fennel memberitahu pemberita ujian di semua kolam latihan dan pertandingan menunjukkan kualiti air memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Katanya para doktor kejohanan bersetuju bahawa atlet berkenaan dijangkiti benda lain dan bukan dari air kolam renang.

Perenang lelaki Australia Robert Hurly dihantar pulang Selasa lalu akibat sakit perut setelah makan di perkampungan sukan.

Beliau disebut-sebut menggondol emas dalam acara 1,500 meter gaya bebas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan