Pasukan Pecut Malaysia Menang Gangsa

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Jalur Gemilang terus berkibar di trek lumba basikal Sukan Komanwel Ke-19 di sini apabila pasukan Malaysia menang pingat gangsa dalam acara pecut lelaki berpasukan, Jumaat.

Awang Azizulhasni, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin meraih pingat itu untuk negara setelah mencatat masa 45.040 pada peringkat akhir acara berkenaan.

"Perlumbaan tadi amat mencabar kemampuan pelumba kita kerana acara ini selalunya dikuasai Australia dan New Zealand. Kita belum pernah mengalahkan mereka.

"Tapi, catatan masa pasukan kita hari ini tidak jauh di belakang pemenang lain," kata pengurus pasukan Malaysia Amrun Misnoh kepada Bernama.

Pingat emas bagi acara itu, Australia, mencipta rekod dengan masa 43.772 berbanding rekod yang dicipta pasukan Scotland 44.282 pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne. New Zealand menang pingat perak dengan catatan masa 44.239.

Sehingga kini, pasukan berbasikal Malaysia meraih tiga pingat - satu emas, satu perak dan satu gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan