Hasli Menang Satu Lagi Pingat Perak Buat Malaysia Menerusi Acara 25M Pistol

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Penembak Malaysia Hasli Izwan Amir Hassan berjaya meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki 25m rapid fire pistol di Sukan Komanwel Ke-19 di sini Jumaat.

Beliau menduduki tempat kedua dengan 576 mata, di belakang atlet tuan rumah Vijay Kumar yang mengumpul 583 mata untuk memenangi pingat emas.

Penembak India Gurpreet Singh memperolehi pingat gangsa dengan 569 mata dalam saingan peringkat final yang berlangsung di lapang sasar Dr Karni Singh Shooting Range.

"Sasaran pertama saya cukup baik, namun selepas itu saya ada masalah dengan picu dan bergerak agak perlahan, menyebabkan bidikan awal kurang menjadi. Yang lainnya agak baik. Saya masih ada dua acara, pada saya India nampaknya memiliki pemain yang cukup mantap," kata Hasli ketika ditemui di sini.

Dalam Sukan Komanwel Melbourne 2006 beliau hanya berupaya memperolehi pingat gangsa.

Semalam Hasli yang berpasangan dengan Hafiz Adha memenangi pingat perak dalam acara 25m fire pistol berpasangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan