Tiga Rekod Kebangsaan Diperbaharui Di Kolam Renang Di New Delhi Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Atlet renang Malaysia yang mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel New Delhi 2010 hari ini memecahkan tiga rekod kebangsaan.

Dalam acara 50m kuak dada lelaki, Yap See Tuan membuat catatan masa baru dengan 29.78s, mengatasi catatan 29.8s sebelum ini, manakala dalam acara 50m kuak lentang wanita Chan Kah Yan membuat catatan baru 30.19, melenyapkan catatan lama yang dibuatnya 30.39s.

Chaii Lai Kwan turut mencipta rekod baru dalam acara 50m gaya bebas wanita dengan catatan masa 26.03s, melenyapkan catatan lama beliau 26.13s.

Beliau juga menjadi wanita pertama yang melayakkan diri untuk pertandingan akhir esok.

Jurulatih renang negara Paul Birmingham memberitahu Bernama peringkat akhir esok ia akan menjadi medan perjuangan cukup sengit buat perenang negara kerana ia akan disertai oleh perenang terbaik dunia.

Tujuh perenang Malaysia melayakkan diri ke pusingan berikutnya dalam acara masing-masing esok. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan