Tiada Panahan Emas Dalam Acara Compound Berpasukan Wanita - Sukan Ekstra | mStar

Tiada Panahan Emas Dalam Acara Compound Berpasukan Wanita

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Malaysia gagal mengutip sebarang pingat dalam acara akhir memanah Compound berpasukan wanita di Sukan Komanwel New Delhi 2010 di Kompleks Sukan Yamuna di sini Khamis.

Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nor Rizah Ishak dan Saritha Cham Nong hanya mengumpul 219 mata berbanding India yang mengumpul 223 mata untuk mendapat pingat gangsa.

Pingat emas dimenangi oleh pasukan England apabila menundukkan Kanada selepas mengumpul 232 mata.

Kanada hanya mengumpul 229 mata dalam acara itu untuk memenangi pingat perak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan