Sukan Luncur Udara Pakej Pelancongan Berpotensi

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Sukan luncur udara berpotensi untuk dijadikan pakej pelancongan terbaru di daerah ini, sejajar dengan usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke sini.

Terdapat dua lokasi yang menjadi tapak pelepasan sukan luncur udara di daerah ini iaitu di Bukit Trig dan Bukit Sim-Sim yang terletak berhampiran dengan Bandar Sandakan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Aum Kam Wah berkata dua lokasi itu telah digunakan pada Pertandingan Luncur Udara Sirkit Keempat pada bulan lepas dan disertai 32 peserta bagi memilih peserta ke Sukan Sea pada tahun depan di Jakarta.

Katanya dua tempat pelepasan luncur udara itu merupakan lokasi yang sesuai kerana mempunyai kelajuan angin yang sesuai dan ditambah dengan pemandangan yang menarik.

"Sukan luncur udara telah dijadikan sebagai pakej pelancongan di luar negara seperti di New Zealand dan kami melihat ia juga berpotensi dibuat di daerah ini untuk menambah lagi pakej pelancongan yang sedia ada," katanya, Khamis.

Au berkata tapak landasan pelepasan luncur udara itu telah dipasang di Bukit Trig ketika pertandingan luncur udara itu dan landasan itu akan dikekalkan di situ.

Menurut beliau satu lagi lokasi tempat pelepasan luncur udara di Bukit Sim-Sim juga akan dipertingkatkan prasarananya bersesuaian dengan lokasi itu yang terletak di Taman Bukit Sandakan.

Katanya sukan luncur udara di daerah ini aktif digerakkan oleh Kelab Sukan Komuniti Elopura yang diketuai oleh Ketua Biro Luncur Udaranya Asnawi Mohd Hassan.

Beliau berkata Asnawi bersama ahli kelabnya kini telah menawarkan pakej luncur udara secara tandem kepada orang ramai yang berminat di tapak pelepasan Bukit Trig.

Di negeri ini, daerah Ranau telah menjadi perintis kepada sukan luncur udara dengan terdapatnya lokasi menarik antaranya di Kundasang dan Lohan yang digemari oleh peluncur udara dari dalam dan luar negara.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan