Peluang Skuad Ragbi Negara Baiki Kedudukan

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Skuad ragbi negara bakal berdepan dengan aksi sengit pada saingan Siri Kejuaraan Ragbi Tujuh Sepasukan iRB Asia-Borneo yang akan berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Pasukan negara yang kini menduduki di tangga ke-4 Asia sekali lagi bakal memberi persembahan lebih mantap setelah pada kejuaraan tahun lalu mereka ditundukan pasukan dari China pada saingan suku akhir.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Datuk Wira Amiruddin Embi berkata, kejuaraan tahun ini bakal lebih menarik dengan menampilkan 12 pasukan yang hebat.

"Mereka kini berada di tempat keempat Asia dan ia satu pencapaian yang baik untuk mereka beraksi pada Kejuaraan Tujuh Sepasukan di Hong Kong tahun depan yang mana hanya enam pasukan terbaik dari Asia sahaja yang layak beraksi di sini. Jadi di Likas inilah peluang mereka untuk membaiki mencari kedudukan yang lebih baik," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Wira berkata, pasukan kendalian Tomasi Cama ini turut akan beraksi pada Sukan Komanwel yang kini sedang berlangsung di New Delhi.

"Mereka telah menjalani latihan pusat selama seminggu dan hari Jumaat ini skuad akan berlepas ke India. Saya harap mereka mampu menunjukkan aksi terbaik memandangkan saingan di sini lebih sengit. Saya tidak meletakkan sebarang pingat kerana sedar tentangan hebat yang bakal dihadapi mereka.

"Kita bersama pasukan yang lebih berpengalaman seperti Samoa, Kenya serta Papua New Guinea. Ini adalah peluang mereka bagi pendedahan yang lebih baik," katanya.

Selepas aksi di Komanwel, mereka akan terus berentap pada Sukan Asia dan pastinya mereka sekali lagi akan berdepan saingan sengit.

"Namun berdasarkan prestasi semasa, saya yakin mereka telah mencapai peningkatan yang baik di mana tahun tahun banyak kejayaan yang telah mereka capai," katanya.

Keputusan terakhir skuad negara pada kejuaraan di Sabah tahun lalu dikuasai oleh pasukan Jepun, diikuti Hong Kong, Korea, Malaysia, China, Filipina, Guam, Thailand, China, India, Indonesia dan terakhir Brunei.

Sementara itu, Kejuaraan Tujuh Sepasukan Wanita Asia Pasifik juga turut akan diadakan di Likas dengan lapan pasukan yang akan beraksi termasuk Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan