Laman Web Rasmi Alami Masalah Teknikal - Sukan Ekstra | mStar

Laman Web Rasmi Alami Masalah Teknikal

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Wartawan yang membuat liputan Sukan Komanwel di sini menghadapi masalah mendapatkan keputusan terkini semua acara sukan sejak semalam berikutan masalah teknikal dalam sistem pengurusan maklumat dan keputusan.

Keputusan acara sukan yang berlangsung serentak di beberapa venue pertandingan tidak dipaparkan dalam laman web rasmi temasya sukan itu serta kedudukan pingat yang diperoleh oleh kontinjen negara bertanding tidak tepat.

"Kami menghadapi masalah teknikal yang besar dan syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan sistem itu berusaha keras untuk memperbaiki masalah ini," kata seorang pegawai di pusat media utama, Khamis.

Pihak penganjur sukan itu mengakui masalah itu dan berjanji akan mengatasi masalah teknikal tetapi sehingga petang ini tidak ada sebarang perkembangan.

"Kami sedar masalah ini dan akan cuba mengatasi masalah teknikal ini dengan segera," kata setiausaha agung jawatankuasa penganjur, Lalit Bhanot.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan Komanwel , Lalit Bhanot
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan