Hanya Dua Hari Untuk Sesuaikan Diri Dengan Motosikal, Kata Mohd Zamri

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesi latihan bebas perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia pada esok dan Sabtu ini akan menjadi penentu kepada pelumba negara, Mohd Zamri Baba untuk melengkapkan 'setting' motosikal beliau.

Beliau berkata sesi latihan pertama esok merupakan kali kedua beliau menunggang motosikal lumbanya itu, di mana kali pertama ialah semasa sesi ujian di Litar Sepang pada Ogos lepas, menggunakan enjin yang berbeza.

"Saya dan pasukan akan cuba mencari keselesaan dalam aspek kawalan motosikal dan juga suspensi," katanya kepada pemberita selepas majlis melancarkan motosikal dan pasukan 'wild card' Moto2 Malaysia, Team Petronas SIC TWMR Malaysia di Esplanade KLCC di sini, Khamis.

Majlis pelancaran dan pengenalan pasukan Team Petronas SIC TWMR Malaysia itu dilakukan bersama oleh pengurus besar PetronasMotorsport Anita Azrina Abdul Aziz, ketua pegawai eksekutif SIC Razlan Razali, Pengerusi AAM Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha serta wakil-wakil penaja yang lain.

Pada perlumbaan kelas Moto2 di perlumbaan Grand Prix Motorsikal Malaysia itu, Mohd Zamri akan menggunakan nombor pendaftaran perlumbaan, 87.

Ketika ditanya mengenai perasaan beliau semasa majlis pelancaran itu, Mohd Zamri berkata beliau amat teruja melihat jentera yang akan ditungganginya itu.

Menurutnya penyertaan dalam perlumbaan MotoGP atas tiket wild card adalah permulaan yang baik bagi dirinya untuk meyakinkan pihak-pihak tertentu dan terus memberi peluang kepada beliau meneruskan saingan dalam kelas Moto2 pada musim akan datang.

"Saya merasa bangga kerana diberi peluang untuk berlumba dengan pelumba-pelumba yang lebih handal dan berpengalaman...yang menjadi idola saya selama ini. Saya rasa tidak sabar untuk berlumba bersama-sama dengan mereka," katanya.

"Saya akan manfaatkan peluang ini untuk saya melangkah lebih jauh dalam bidang ini pada masa akan datang," kata pemuda berusia 27 tahun dari Klang, Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan