Bibiana Menang Gangsa Dalam Acara Pistol 25M - Sukan Ekstra | mStar

Bibiana Menang Gangsa Dalam Acara Pistol 25M

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Penembak berpengalaman Bibiana Ng Pei Chin menambah satu lagi pingat gangsa dalam pungutan pingat Malaysia melalui acara pistol 25m perseorangan akhir wanita pada Sukan Komanwel di sini, Rabu.

Ng mengumpul 778.2 mata bagi tempat ketiga.

Penembak India terus menguasai acara itu apabila meraih pingat emas dan perak menerusi Anisa Sayyed yang mencatat 786.8 mata untuk muncul juara dan rakannya Rahi Sarnobat menduduki tempat kedua dengan 781.2 mata.

Para penembak India memungut empat pingat emas dan tiga perak dalam acara menembak setakat ini dan Anisa memenangi pingat emas ketujuh India pada sukan di Delhi, Rabu.

"Saya impikan perkara ini sejak begitu lama. Saya agak gementar, kaki saya bergoyang dan saya tidak ketawa sejak pagi. Tapi kem latihan yang saya sertai banyak membantu," kata Anisa selepas kemenangan itu.

Malaysia kini berada di tempat keempat dalam pungutan pingat dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan