Pemenang Pingat Dikalungkan Selendang 'Angavastram' Dengan Logo Sukan Komanwel

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Beberapa cerita menarik berlaku semasa Sukan Komanwel 2010: Selaras dengan tema mesra alam bagi kejohanan itu, pemenang pingat pada majlis penyampaian hadiah tidak dikalungkan bunga, satu amalan tradisi pada kejohanan lalu.

Sebaliknya, mereka dikalungkan dengan "angavastram" iaitu sehelai selendang dengan logo Sukan Komanwel, yang dihasilkan penenun dari negeri Madhya Pradesh. Selendang itu dapat mengurangkan pembaziran sejumlah besar bunga segar. Tapi ia bukan berita baik bagi penjual bunga rakyat India yang tidak dapat mengambil kesempatan menjualnya pada sukan itu.

Serangga kecil 'menyerang' lampu-lampu yang dipasang di kompleks akuatik Dr S.P.Mukherjee semalam apabila acara renang sedang berlangsung, sehingga memaksa penganjur memusnahkannya. Selepas disembur, serangga yang mati jatuh ke dalam kolam, memenuhi air kolam. Para peserta terpaksa menunggu sehingga kerja-kerja pembersihan diselesaikan.

Gangguan bekalan elektrik di kompleks sukan Jawaharlal Nehru, di mana acara angkat berat bagi kelas 53kg sedang berlangsung. Kompleks itu berada dalam keadaan gelap dan papan markah juga tidak berfungsi, sehingga memaksa acara itu dilewatkan selama beberapa minit.

Akibat terlepas cakap, pengerusi jawatankuasa penganjur Sukan Komanwel Suresh Kalmadi, menyebut "Puteri Diana hadir" pada sidang akhbar semalam.

Beliau mahu menyebut bahawa Putera Charles menghadiri upacara pembukaan sukan itu Ahad lepas (Puteri Diana mati dalam satu kemalangan pada 1997). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan