Lorenzo Harap Juarai MotoGP Di Sepang

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Fiat Yamaha, Jorge Lorenzo, berharap untuk dinobatkan sebagai juara MotoGP musim ini semasa perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia di Sepang hujung minggu ini.

"Saya amat suka Malaysia dan saya banyak berlatih di litar Sepang serta mempunyai kenangan manis kerana memenangi kejuaraan 250cc di situ pada 2007," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu, Selasa.

Lorenzo kini mempunyai kelebihan 69 mata daripada pencabar terdekatnya, Dani Pedrosa daripada pasukan Repsol Honda. Pedrosa kemungkinan besar tidak dapat beraksi di Sepang akibat kecederaan di bahu.

Pelumba berusia 23 tahun itu yang berasal dari Sepanyol berkata cuaca mungkin memainkan peranan dalam perlumbaan di Sepang nanti.

"Ia mungkin terlalu panas dan ia mungkin juga hujan. Saya lebih suka litar yang kering," katanya.

Rakan sepasukannya, Valentino Rossi, pula menganggap Sepang sebagai litar kegemarannya.

"Saya sentiasa teruja berlumba di situ," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan