Josiah Menang Emas Acara Keirin

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Dalam perlumbaan yang penuh kontroversi, Josiah Ng mengutip pingat emas dalam acara keirin pada Rabu selepas kemenangan jaguh lumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang dibatalkan dalam acara itu pada Sukan Komanwel 2010 Delhi.

Pasukan New Zealand dipercayai memprotes selepas acara itu dan para pegawai menarik balik pingat emas yang dimenangi Azizul kerana terkeluar daripada garisan dalam pusingan akhir.

Pelumba England, David Daniell memperoleh pingat perak manakala pelumba New Zealand, Simon Van Velthooven memungut pingat gangsa.

Josiah menjadi pelumba Asia pertama untuk memenangi pingat dalam acara trek selepas Australia menguasai sepenuhnya acara itu dengan meraih lima pingat emas pertama.

Ia merupakan pingat kedua bagi Malaysia hari ini selepas penembak Benjamin Khor dan Khor Seng Chye hanya mampu memperoleh satu gangsa dalam acara double trap pagi ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan