Sukan Komanwel Delhi Bermula Penuh Meriah

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Selepas menerima pelbagai kritikan sejak beberapa minggu lalu, India hari ini dengan bangganya menampilkan acara perasmian Sukan Komanwel yang penuh meriah dan gemilang serta disulami dengan gaya Bollywood dan tarian dari pelbagai wilayah di negara itu.

Stadium Jawaharlal Nehru, venue utama temasya sukan itu, bermandikan cahaya pelangi dengan pertunjukan bunga api mewarnai ruang langit manakala penari-penari tradisional diiringi dengan alunan muzik India mengagumkan penonton di stadium. India mengalu-alukan kedatangan tetamu daripada luar negara dengan memperagakan kekayaan budaya India yang sejati serta persembahan moden dengan pancaran lampu laser.

"Ia seperti majlis perkahwinan India. Semuanya diatur pada saat-saat akhir tetapi semuanya berjalan lancar dan semua orang berpuas hati," kata bekas bintang hoki India, Aslam Sher Khan.

Buat pertama kali dalam sejarah Sukan Komanwel dua tokoh, Putera Charles dari Britain, yang mengantikkan Ratu Elizabeth, selaku ketua negara Komanwel dan Presiden India Prathiba Patil mengisytiharkan perasmian temasya itu.

Putera dari Wales itu berkata sukan itu sesuai diadakan di India kali ini kerana akan mencerminkan keamanan dunia.

Dalam pada itu, pengerusi jawatankuasa penganjur Suresh Kalmadi, dalam ucapan pembukaannya, berkata India sudah bersedia untuk menyampaikan temasya sukan yang paling baik.

Pemenang Oscar India, A.R. Rehman dengan sajian lagu tema temasya itu berjudul "Jiyo Utho Badho Jeeto" (Hidup, Bangkit dan Menang) mengakhiri majlis perasmian selama tiga jam itu.

India berjaya membuktikan kemampuan menyajikan satu majlis yang indah dan cukup bertenaga walaupun menghadapi pelbagai rintangan yang hampir menjejaskan nama negara itu di mata dunia, sama ketika Sukan Edinburgh 1986 di mana 32 negara menarik diri kerana boikot politik dan salah urus kewangan bagi temasya itu.

"Walaupun berlaku kelewatan menyiapakan kemudahan infrastruktur, India telah berusaha dengan keras untuk membuktikan kemampuan upacara perasmian yang penuh gemilang.

"Saya fikir temasya ini akan menjadi lebih berjaya dan menanti permulaan sukan kedua terbesar dunia ini selepas Sukan Olimpik," kata Mejar (B) S. Maniam, bekas jurulatih ratu skuasy dunia Datuk Nicol Ann David.

Kira-kira 50,000 penonton membanjiri stadium tersebut dengan kawalan keselamatan paling ketat serta jutaan penonton menyaksikan majlis berwarna-warnai itu menerusi siaran langsung di televisyen.

India menjadi tuan rumah temasya sukan edisi ke-19 itu buat julung kali di Asia selepas Kuala Lumpur pada 1998 dengan perbelanjaan mencecah US$6 bilion (RM18 bilion).

Sejumlah 6,800 atlet akan bersaing pada temasya sukan itu sehingga 14 Okt ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan