Lagenda Sukan Sedia Main Peranan Strategik

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: QNet, anak syarikat utama konglomerat antarabangsa, QI Group, akan menampilkan sukan dan personaliti sukan untuk memainkan peranan yang lebih besar dan strategik dalam inisiatif pemasaran jangka panjang bagi pelbagai produknya.

Dari dikaitkan dengan penajaan acara sukan seperti BWF World Championships dan lumba kereta pada masa lalu menerusi sokongannya terhadap Team Meritus dalam Formula GP2, QNet kini menggunakan perkhidmatan personaliti sukan yang benar-benar cemerlang.

Ini bermula dengan juara golf Thailand Tongchai Jaidee pada tahun lepas, tetapi tumpuan sekarang iaah terhadap syarikat, dengan lagenda kriket antarabangsa, Muttiah Muralidaran, dilantik sebagai Duta Produk.

Pengambilan Murali bagi tempoh selama tiga tahun bukanlah inisiatif kecil-kecilan dan penampilan beliau mencetuskan keghairahan di seluruh industri pemasaran rangkaian khasnya, dan dunia sukan amnya.

Jaguh boling bertaraf dunia dari Sri Lanka itu dengan rasminya mengumumkan hasratnya untuk berundur dari dunia kriket pada 7 Julai tahun ini.

Bagaimanapun, sebelum itu, Murali mencipta nama sebagai pemain kriket terulung bagi sepanjang zaman melalui wiket ke-800nya dalam pertandingan terakhir beliau menentang India pada 18 Julai.

Pelantikan Murali sebagai Duta Produk diumumkan secara rasmi pada satu upacara di Singapura baru-baru ini.

Dalam satu wawancara dengan Pengerusi Eksekutif dan juga pengasas kumpulan QI, Datuk Vijay Eswaran, berkata syarikat itu mempunyai enam juta pelanggan di seluruh dunia.

"Dalam usaha mencapai prestasi terbaik, tiada cara yang terbaik selain bercakap tentang sukan yang segala-galanya adalah tentang usaha mencapai yang terbaik dan ini merupakan mesej paling jelas.

"Dalam hubungan ini, orang seperti Murali merupakan ikon terbaik untuk menyampaikan mesej ini, kerana mereka mengatasi prestasi orang lain," katanya.

Vijay berkata inisiatif untuk menampilkan jaguh dari Sri Lanka itu bermula sejak beberapa lama dahulu.

"Murali adalah seorang yang teliti, beliau tidak membuat keputusan tergesa-gesa. Saya mula menjalin persahabatan dengan beliau, dan hanya baru-baru ini beliau bersetuju untuk menyertai kami dengan menjadi Duta Produk QNet.

"Apa yang menarik tentang Murali ialah kewibawaannya cukup memberi sokongan kepada produk QNet yang diperakuinya.

"Produk kami laris disebabkan oleh ketokohan Murali," tegasya.

Pengarah Serantau QNet bagi Singapura, Zaheer Merchant, sependapat dengan Vijay apabila beliau berkata: "Murali amat sesuai dengan nilai perkhidmatan teras, semangat sepasukan, integriti dan mementingkan keputusan yang kami amalkan.

"Justeru itu, memang ada sinergi yang jelas antara nilai korporat kami dan semua yang ada pada diri Murali."

Sementara itu, tanpa menyatakan angkanya, Vijay mengesahkan memang ada impak yang jelas dan positif ke atas jualan produk QNet sejak syarikat itu dikaitkan dengan sukan.

"Kami memang dapat melihat perbezaan jualan," katanya.

Beliau mengesahkan bahawa tahun ini, syarikat itu dihubungi oleh Virgin Racing dan Pasukan F1 1Malaysia, serta pasukan perlumbaan India, Force India.

QNet juga merupakan penaja program pembangunan akar umbi Persekutuan Hoki Malaysia dan juga dikaitkan dengan latihan pasukan Piala Dunia Brazil 2006 di Switzerland.

Ia juga menjadi penyokong jualan langsung rasmi Liga Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2009.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan