Jimnas Wong See Teng Terpaksa Tarik Diri Dari Sukan Komanwel Akibat Cedera

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Jimnas cilik Malaysia, Wong See Teng, 17, terpaksa menarik diri daripada Sukan Komanwel ke-15 New Delhi yang dijadualkan membuka tirainya malam ini, ekoran kecederaan yang dialaminya semasa menjalani latihan di perkampungan sukan di sini malam tadi.

Siku kanannya dikatakan terseliuh, dan kecederaan itu dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan untuk pulih.

Chef de Mission Malaysia Tan Sri Abdul Hilal Abd Mutalif semasa dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

"Dia sekarang okay dan sedang berehat di perkampungan sukan di sini, malangnya dia terpaksa menarik diri daripada temasya sukan kali ini ekoran kecederaan yang dialaminya," katanya.

Tanpa See Teng yang diserap ke dalam pasukan elit pada tahun 2008, pasukan jimnastik kini terpaksa menyandarkan harapan untuk memungut pingat di bahu 12 jimnas.

Mereka terdiri daripada Onn Kwang Tung, Mohd Azlanshah Ismail, Wan Mohamad Akmal, Lum Wan Foong, Farah Ann Abdul Hadi, Noor Hasleen Fatihin Hasnan, Chan Sau Wah, Tracie Ang, dan jimnas simpanan Elaine Koon serta Nur Hidayah Abdul Wahid. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan