KBS Pelawa Penggerak Sukan Sertai Makmal Industri Sukan

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kementerian Belia dan Sukan mempelawa penggerak, pengamal dan mereka yang terlibat dalam industri dan sektor sukan menyertai Makmal Industri Sukan 22 September ini.

Menteri berkenaan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Makmal Industri Sukan yang dilaksana bersama Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu akan diadakan selama enam minggu.

"Ia bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan Pelan Strategi Industri Sukan Negara," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan makmal itu juga bertujuan mengenal pasti strategi, inisiatif dan cadangan yang berdaya saing untuk menjadikan sukan sebagai satu industri yang boleh menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

"Makmal ini bertujuan mendapatkan input, idea inovatif, cadangan daripada pihak swasta, syarikat berasaskan sukan dan pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama melakukan transformasi sukan sebagai satu industri," katanya.

Beliau berkata Makmal industri Sukan akan dibahagi kepada tiga sub makmal iaitu Makmal Industri Sukan kategori Barangan dan Peralatan, kategori Kemudahan dan kategori perkhidmatan.

Mereka yang berminat menyertai makmal itu boleh menghubungi talian 03-88713348 (Azman Maarof) atau 03-88713303 (Farasyila Diana Kamarudin). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan