Senarai Penuh Taekwando Ke Sukan Asia Selepas Raya

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) akan menghantar 16 atlet taekwando kebangsaan bagi menggalas cabaran ke temasya Sukan Asia di Guangzhou, China, dari 12 sehingga 27 November ini.

Pengurus skuad taekwondo ke temasya itu Nur Ekmal Buhary berkata sesi pemilihan diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil Julai lepas, yang dikendalikan oleh jurulatih kebangsaan, R.Dhanaraj.

"Semua 16 atlet itu berada dalam kategori A dan Masum bercadang untuk menghantar enam atlet bagi kategori B tetapi masih belum diputuskan lagi," katanya, Jumaat.

Nur Ekmal berkata setakat ini hanya tiga atlet taekwondo kebangsaan iaitu Elaine Teo, Nurul Nadia Mahamat dan Ryan Chong Wym Lunn yang tersenarai daripada 16 atlet itu.

"Masum bakal menyenaraikan penyertaan penuh bagi semua kategori yang dipertandingkan selepas Aidilfitri nanti," katanya.

"Masum mensasarkan satu pingat emas dan harapan diletakkan kepada tiga atlet kebangsaan itu untuk membawa pulang pingat dari Guangzhou," katanya.

Sebelum ini Malaysia hanya berjaya merangkul dua pingat gangsa pada edisi 2002 di Sukan Asia Busan, Korea Selatan dan pulang tanpa sebarang pingat dari edisi 2006 di Doha, Qatar.

"Sebagai persiapan akhir, kami tidak bercadang untuk menjalani latihan di luar negara kerana Masum yakin dengan latihan yang diberi oleh R.Dhanaraj sudah memadai," katanya.

Nur Ekmal berkata berdasarkan rekod pencapaian di Kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2008 di Kuala Lumpur, pasukan Taekwondo Masum berjaya menyumbang dua emas menerusi Elanie Teo.

Katanya selepas di Guangzhou, skuad taekwando negara akan bertanding di Kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2010 di Chiang Mai, Thailand pada Disember ini.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan