Pariya Pendahulu Mercedes-Benz Masters Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pariya Junhasavasdikul dari Thailand mendahului Mercedes-Benz Masters Malaysia bernilai AS$60,000 yang diadakan di Kota Permai Golf and Country Club di Shah Alam, pada Jumaat.

Pariya, yang mencari kemenangan kedua bagi Jelajah Mercedes-Benz, mempamerkan yang terbaiknya setakat ini minggu ini, dengan tiga pukulan pada pusingan ketiga enam di bawah 66 untuk mendahului yang lain dengan 13-di bawah -par dengan keseluruhan 203.

Pada pusingan hari ini, beliau memperoleh tujuh birdie pada lubang terakhir di mana beliau membuat satu bogey.

"Saya seronok. Tidak komplain mengenai enam bawah. Saya tetap dengan rancangan saya untuk bermain golf dengan positif dan tidak menoleh kebelakang. Saya tidak main lima par dengan baik, itu sahaja kekecewaan," kata Pariya, sebagai yang dilaporkan dalam laman web rasmi mercedes-benztour.com.

Sementara itu, Mardan Mamat dari Singapura mendapat lapan birdie dan satu bogey pada tujuh-di bawah-par 65 untuk memperoleh tiga pukulan mengekori pendahulu.

Mardan merupakan pendahulu pusingan pertama dengan 66 tetapi berakhir dengan 75 pada pusingan berikutnya.

"Baik dan sudah tentu untuk semalam. Saya ada peluang tetapi perlukan satu pusingan rendah esok," katanya.

Danny Chia dari Malaysia kini di tempat ketiga dengan memperoleh sembilan-di bawah-par 207, empat pukulan di belakang pendahulu.

Chia mampu mara setelah peroleh lima-di bawah-par 67 untuk mendahului cabaran Malaysia.

"Saya bertambah sihat setiap hari tetapi saya fikir Pariya sukar untuk ditewaskan, katanya.

Pungutan Pendahulu Pusingan Ketiga: - 203 - Pariya Junhasavasdikul (THA) 68-69-66

206 - Mardan Mamat (SIN) 66-75-65

207 - Danny Chia (MAS) 72-68-67

209 - Kim Young Jin (KOR) 72-70-67,

Thanyakon Khrongpha (THA) 70-69-70

210 - Antonio Lascuna (PHI) 73-70-67,

Khor Kheng Hwai (MAS) 71- 67-72

211 - Gene Bondoc (PHI) 71-71-69, Juvic

Pagunsan (PHI) 72-70-69

212 - S. Sivachandran (MAS) 71-69-72,

Pornpong Phatlum (THA) 69-70-73

213 - Mohd Sukree Othman (MAS) 71-73-69

215 - Haziq Hamizan (MAS) 72-75-68,

Nicholas Fung (MAS) 72-74-69, Akhmal

Tarmizee Nazari (MAS) 70-75-70,

Pravee Visalkit (THA) 72-70-73.

-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan