Kenyataan Azizollah Tidak Betul: Zolkples

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) kecewa dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh jurulatih olahraga dari Iran, Azizollah Mirzaei, Jumaat.

Harian Metro Jumaat melaporkan mengenai Azizollah yang mendakwa dia diabaikan oleh pihak MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) biarpun telah beberapa hari terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan turut mendakwa MSN berhutang dengannya.

Menurut Zolkples , perkara ini adalah pertama kali berlaku walaupun ramai jurulatih asing berkhidmat di sini.

“Saya sangat kecewa dengan dakwaan Azizollah itu dan saya percaya bahawa seorang jurulatih tidak sepatutnya bertindak ke tahap ini.

“Apa yang dikeluarkan dalam akhbar itu tidak betul,” katanya kepada pemberita, Jumaat.

Zolkples berkata, pihaknya tidak diberitahu mengenai Azizollah dimasukkan ke wad dan sekiranya diberitahu awal, pihak MSN akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Ini bukan kali pertama dia ditahan di hospital, malah ia kali ketiga dan sebelum ini pihak ISN turut memantau perkembangan kesihatannya.

“Manakala mengenai hutangnya dengan MSN sebanyak RM15,000 itu sepatutnya dia perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak KOAM. Yang sebenarnya, kami (MSN) tidak pernah merancang menajalani latihan di Iran, namun kita bersetuju membiayai mereka demi atlet negara tetapi dengan bersyarat.

“Syaratnya KOAM perlu menggunakan duit mereka terlebih dahulu kerana kami tidak sempat menyediakan jumlah yang dituntut oleh KOAM sebanyak RM68,374 untuk perbelanjaan selama 45 hari (12 Jun -27 Julai 2010) di Iran.

“Tiga hari sebelum mereka bertolak ke Iran KOAM baru menghantar borang tuntutan biarpun mereka sudah tahu prosedur permohonan. Jadi kami menyuruh mereka menghantar borang tuntutan selepas balik dari Iran.

“Jadi tidak timbul kami berhutang dengannya kerana puncanya adalah dari KOAM sendiri. Sepatutnya KOAM yang memberi perbelanjaan, dan jika sebaliknya dia perlu membuat tuntutan dengan KOAM kerana apa sahaja bayaran yang kita buat terus kepada persatuan, bukan bayaran ke atas individu,” jelas Zolkples.

Bagaimanapun Zolkples percaya, isu yang timbul ini hanya untuk memalukan pihak MSN dan percaya ada agenda tersembunyi di sebaliknya.

“Perkara ini amat memalukan pihak MSN dan saya percaya ada sesuatu di sebaliknya, tambahan pula ia adalah acara sukan olahraga dan orang ramai boleh menilainya,” ujar Zolkples.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan