Pariya Terus Mara Saingan Kejohanan Mercedes-Benz Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persembahan mantap pemain golf Thailand Pariya Junhasavasdikul membolehkan beliau terus berada di kelompok teratas dalam saingan kejohanan golf Mercedes-Benz Masters Malaysia bernilai US60,000 di Kota Permai Golf and Country Club, Shah Alam.

Dalam pusingan kedua pada Khamis, pemain berumur 26 tahun dari Bangkok itu membuat pukulan tiga bawah par 69 untuk menyusuli 68 pukulan yang dibuatnya semalam, untuk mengumpul mata tujuh bawah par 137 untuk menerajui saingan.

Beliau memperolehi empat birdie dalam sembilan lubang pertama, iaitu di lubang pertama, ketiga, keempat dan ketujuh, namun dalam sembilan lubang seterusnya beliau mendapat satu bogey di lubang ke-13 dan double bogey di lubang ke-15 sebelum kembali memperolehi birdie pada lubang ke-16 dan 18.

"Semuanya berjalan lancar, cuma dua lubang itu saja yang mengecewakan. Saya tidak buat banyak kesilapan, tapi agak tersasar di lubang itu. Saya mendapat permulaan yang cukup baik," kata beliau yang dipetik dalam laman web rasmi pertandingan mercedes-benztour.com.

Pemain Thailand yang merupakan graduan Purdue University di Amerika pernah memenangi Mercedes-Benz Masters Singapore pada 2008.

Rapat mengekori beliau di belakang ialah pemain Malaysia Khor Kheng Hwai, yang mendapat tepukan penonton apabila memperolehi par lima di lubang ke-18.

Beliau membuat pukulan lima bawah par 67 untuk berkongsi tempat kedua dengan pemain Indonesia Sarmilih KZ, yang menghasilkan pukulan terbaik dengan enam bawah par 66. Sarmilih memperolehi tujuh birdie dan satu bogey.

Sementara itu jumlah mata terkumpul hari ini menyaksikan peneraju pusingan pertama semalam, Mardan Mamat dari Singapura ketinggalan empat pukulan di belakang peneraju.

Kedudukan teratas pusingan kedua: ---------------------------------

137 - Pariya Junhasavasdikul (THA) 68-69 138 - Khor Kheng Hwai (MAS) 71-67, Sarmilih KZ (INA) 72-66 139 - Thanyakon Khrongpha (THA) 70-69, Pornpong Phatlum (THA) 69-70 140 - S. Sivachandran (MAS) 71-69, Danny Chia (MAS) 72-68 141 - Mars Pucay (PHI) 75-66, Mardan Mamat (SIN) 66-75 142 - Kim Young-jin (KOR) 72-70, Mohd Rashid Ismail (MAS) 71-71, Juvic Pagunsan (PHI) 72-70, Pravee Visalkit (THA) 72-70, Gene Bondoc (PHI) 71-71 143 - Antonio Lascuna (PHI) 73-70, Sirapong Maitreeyuenyong (THA) 74-69 144 - Mohd Sukree Othman (MAS) 71-73, M Sasidaran (MAS) 71-73

- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan