Mardan Dahului Pusingan Pertama Golf Mercedez-Benz Master Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain berpengalaman Singapura Mardan Mamat mendahului pusingan pertama kejohanan golf Mercedes-Benz Masters Malaysia dengan mencatat enam di bawah par 66 di Kota Permai Golf and Country Club, Shah Alam.

Mardan, 42, melakukan birdie di lubang pertama, ketiga dan kelima, manakala untuk sembilan lubang berikutnya beliau melakukan birdie di lubang ke 12, 13 dan 16.

"Saya telah lama bermain golf, jadi sudah pasti saya biasa bermain ketika berpuasa. Ia adalah permulaan yang hebat dan baik," kata Mardan dalam kenyataan yang dikeluarkan Mercedes-Benz di sini, Rabu.

Beliau menamatkan saingan dengan berkongsi tempat kelima pada kejohanan Mercedes-Benz Masters Singapura minggu lepas.

Mardan menjuarai kejohanan itu tahun lepas Mengekori dengan dua pukulan di belakang beliau ialah pemain Thailand Pariya Junhasavasdikul manakala rakan senegaranya Pornpong Phatlum mencatat tiga di bawah par 69.

Pariya, yang menjuarai kejohanan golf Mercedes-Benz Masters Singapura pada 2008, juga tidak melakukan bogey dan membuat dua birdie.

"Saya bermain dengan baik di Singapura minggu lepas, dan saya harap ini akan menjadi minggu yang baik juga. Saya pernah menang Mercedes-Benz Tour dan saya benar-benar bersemangat untuk menang sekali lagi," kata pemain dari Bangkok berusia 26 tahun itu.

R. Nachimuthu dan Akhmal Tarmizee Nazari menjadi pemain terbaik Malaysia untuk pusingan hari ini selepas melakukan dua di bawah par 70, untuk berkongsi kedudukan keempat bersama pemain muda Thai Thanyakon Khrongpha.

Kejohanan yang menawarkan hadiah US$60,000 itu berakhir Sabtu. Kedudukan teratas pusingan pertama:

66 - Mardan Mamat (SIN) 68 - Pariya Junhasavasdikul (THA) 69 - Pornpong Phatlum (THA) 70 - Thanyakon Khrongpha (THA), R. Nachimuthu (MAS), Akhmal Tarmizee Nazari (MAS) 71 - S. Sivachandran (MAS), Gene Bondoc (PHI), M Sasidaran (MAS), Justin Han (SIN), Khor Kheng Hwai (MAS), Pattaraphol Khanthacha (THA), Mohd Rashid Ismail (MAS), Mohd Sukree Othman (MAS), Airil Rizman Zahari (MAS). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan