Cai Lin Sasar Mara Ke Final

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu renang negara, Khoo Cai Lin tidak menetapkan sebarang sasaran pingat sebaliknya berazam untuk melayakkan diri ke final dalam acara kegemarannya 400 meter gaya bebas pada Sukan Komanwel yang akan berlangsung di New Delhi, India, Oktober ini dan Sukan Asia di Guangzhou, China pada November.

Beliau yang melakukan catatan peribadi terpantas 4.1075 saat dalam acara itu bagaimanapun lebih fokus terhadap persediaannya pada Sukan Asia berbanding Sukan Komanwel.

"Walaupun saya tidak begitu fokus pada Sukan Komanwel, saya berjaya melayakkan diri secara merit untuk kejohanan itu.

"Ia meletakkan saya pada kedudukan lebih baik berbanding tempat keenam pada edisi sebelum ini," kata perenang berusia 21 tahun itu ketika ditemui pemberita di Majlis Sukan Negara (MSN), Khamis.

Cai Lin yang mewakili kontinjen renang negara buat pertama kalinya dalam kedua-dua kejohanan itu menyuarakan rasa gembira kerana berjaya melayakkan diri.

Dia juga meletakkan harapan tertinggi terhadap diri sendiri untuk memperbaiki rekod peribadi terbaiknya dalam kedua-dua temasya penting itu.

"Setakat ini, persediaan untuk kedua-dua kejohanan itu agak bagus. Kami masih dalam latihan peringkat tertinggi. Kebanyakan latihan dilakukan di dalam negara dan di Phuket, Thailand," jelasnya.

Selain acara 400 meter gaya bebas, atlet kelahiran Selangor itu turut beraksi dalam acara 4x100 meter medley relay dan 800 meter gaya bebas.

Sementara itu, perenang kelahiran Sarawak, Daniel Bego juga terpilih untuk mewakili negara dalam acara 100 meter gaya bebas, 200 meter gaya bebas, 4x100 meter gaya bebas dan 4x200 meter gaya bebas pada kedua-dua kejohanan itu.

Bego yang baru saja memulakan latihan Jun lalu kerana memberi tumpuan terhadap pelajarannya di peringkat A level bagaimanapun tidak hadir pada sesi bertemu media, Khamis kerana kurang sihat.

Menurut ketua jurulatih, Paul Birmingham, Daniel dibenarkan berehat dirumah sebagai langkah berjaga-jaga agar virus selesema yang dihidapi tidak berjangkit dengan atlet lain.

Menyentuh mengenai persediaan Daniel, Paul mengakui jaguh renang negara itu mengalami kesukaran untuk mengembalikan rentak renangannya selepas berehat panjang.

"Persediaannya begitu singkat. Namun dia mula menunjukkan peningkatan pada minggu lalu. Jika dia mahu berada pada tahap sebenar, dia perlu berlatih bersungguh-sungguh.

"Sudah pastinya dia akan menerima tentangan sengit dari perenang Jepun dan China pada kejohanan itu kelak. Namun jika dia berjaya mencatatkan keputusan cemerlang, saya gembira untuknya, " kata Paul.

Seramai 12 atlet renang terpilih untuk mengalas cabaran negara pada Sukan Komanwel kelak. Selain Cai Lin dan Bego, mereka yang melayakkan diri termasuk Kevin Yeap Soon Choy, Lueng Chii Lin, Chui Lai Kwan, Chan Kah Yan, Ian James Barr, Yap See Tuan, Christina Loh Yen Ling, Foo Jian Beng, Erica Kong dan Joshua Lee.

Sebagai persediaan untuk meningkatkan prestasi menjelang Sukan Komanwel yang akan membuka tirainya dalam tempoh dua bulan lagi, kontinjen renang negara akan berlepas ke Phuket, Thailand pada Jumaat.

Mereka akan berada di sana selama 12 hari sebelum berangkat ke Kowloon, Hong Kong untuk beraksi dalam kejohanan Terbuka Hong Kong.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan