Zul Amirul Sidi Raih Pingat Gangsa Kejohanan Renang IPC

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perenang elit paralimpik negara Zul Amirul Sidi Abdullah berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Renang Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Eindhoven, Belanda, Rabu.

Pada acara yang berlangsung di Pieter van den Hoogenband Swimming Stadium itu, Zul Amirul Sidi yang beraksi dalam acara 50m kuak lentang kategori S5 berjaya meraih pingat gangsa dengan catatan masa 42.51 saat.

Kejohanan berkenaan juga menyediakan mata ranking dunia kepada peserta untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik London pada 2012.

Pingat emas acara itu dimenangi pemenang pingat emas Paralimpik Beijing 2008, Daniel Dias dari Brazil dengan catatan masa 35.67s, manakala pingat perak menjadi milik Zsolt Vereczkei dari Hungary dengan mencatat 41.19s.

Secara tidak langsung kejayaan Zul Amirul Sidi telah berjaya merealisasikan sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) untuk skuad renang elit paralimpik negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat tanpa mengira warna pada penyertaan mereka di kejohanan berkenaan.

"Ini menunjukkan satu petanda baik kepada program Cawangan Paralimpik MSN ke arah persiapan atlet menjelang Sukan Para Asia Guangzhou pada Disember ini dan Paralimpik London pada 2012.

"Saya berharap, semua atlet kita yang sama-sama bersaing di Eindhoven menjadikan kejayaan Zul Amirul Sidi sebagai pembakar semangat untuk turut sama mencipta kejayaan buat Malaysia di sana," kata Pengarah Cawangan Paralimpik MSN Mohd Safrushahar Yusoff kepada Bernama.

Selain Zul Amirul Sidi, skuad renang negara ke Eindhoven turut disertai Wan Harun Wan Ahmad, Jamery Siga, Yusup Dewa, David Wangyu Kulek dan Julius Jaranding.

Kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 21 Ogos itu disertai seramai 659 atlet dari 55 negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan