Skuad Pelayaran Sasar Lima Pingat Pada Sukan Asia 2010

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sukan pelayaran menjadi sandaran negara untuk mengumpul separuh daripada sasaran 10 pingat pada Sukan Asia Guangzhou, China, pada November ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya mensasarkan sebutir emas dari sukan itu namum pungutan melebihi sasaran itu merupakan bonus besar.

Katanya sasaran sukan itu adalah munsabah memandangkan kehadiran gergasi Asia dalam sukan itu peringkat Olimpik seperti pasukan China serta kehebatan pasukan Jepun, Korea Selatan, India, Thailand dan Vietnam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan Skim Galakan Jurulatih (SGAR) di Pusat Maritim di sini, Selasa.

Selain sukan pelayaran, katanya, sukan berbasikal, badminton, boling, karate dan wushu juga menjadi harapan negara untuk menyumbang pingat pada temasya sukan itu dari 12 hingga 27 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan