Kejohanan Laser Standard Dunia:Khairulnizam Kena Tunggu Keputusan Doktor

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Khairulnizam Mohd Afendy terpaksa menunggu keputusan doktor berkenaan masalah sakit tulang belakangnya sebelum boleh menyertai Kejohanan Laser Standard Dunia 2010 di Hayling Island, England mulai 29 Ogos hingga 6 September ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata Khairulnizam sedang mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Langkawi.

"Kita berharap pelayar itu akan pulih seperti sediakala bagi membolehkan beliau menggalas cabaran negara ke kejohanan itu," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Pelayar berpotensi itu yang sedang memburu tempat untuk ke Sukan Asia 2010, sebelum ini berjaya membaiki kedudukan dalam senarai ranking dunia setelah menduduki tangga ketujuh pada Kejohanan Laser Radial Dunia Remaja Dunia 2010 di Largs, Scotland, baru-baru ini, berbanding tempat ke-17 tahun lepas.

Khairulnizam juga berjaya membaiki kedudukannya apabila menduduki tempat kelapan keseluruhan dalam kelas Laser Radial pada Kejohanan Volvo Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2010 di Istanbul, Turki.

Mohd Afendy berkata Malaysia menyenaraikan dua pelayar termasuk Khairulnizam untuk Kejohanan Laser Standard Dunia 2010 itu dan seorang lagi pelayar elit, Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan akan bertolak lebih awal pada Khamis ini untuk membuat persiapan dan latihan menjelang kejohanan itu.

Beliau berkata kejohanan itu lebih kepada ujian pemilihan skuad pelayaran negara menghadapi Sukan Asia Guangzhou 2010 yang akan berlangsung di Guangdong Ocean Sports Training Centre (GOSTC), Shanwei November ini.

Sebelum ini MYA memilih lima pelayar bagi menggalas cabaran Malaysia dalam kategori Keelboat untuk lima sepasukan Sukan Asia 2010.

Mereka ialah Mohd Masyuri Rahmat (ketua), Mohamad Farizul Md Rejab, Ahmad Fakhrizan Deraman, Mohd Adid Mohd Ariff dan Mohd Karimi Bakar, kesemua dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan