Malaysia Mula Cabaran YOG Dalam Acara Renang, Badminton

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia pada Ahad memulakan cabaran pada temasya Sukan Olimpik Belia (YOG) yang julung kali diadakan di sini dengan beraksi pada acara renang dan badminton.

Dalam sukan renang, Malaysia membariskan Kevin Lim Kar Meng, 18, untuk acara 400m gaya bebas dan Lai Wei Li, 17, dalam acara 200m rampaian individu.

Manakala dalam sukan badminton, pemain junior nombor satu negara Loh Wei Sheng 18 akan berdepan dengan pemain Seychelles, Kervin Ghislain, 18, dan Sonia Cheah Su Ya, 17, menentang pemain Mexico, Mariana Ugalde, 17 dalam acara peseorangan.

Malaysia menghantar 13 pemain untuk bertanding dalam tujuh acara sukan selama 12 hari itu yang bermula secara rasmi, Sabtu.

Selain acara renang dan badminton, Malaysia juga akan menyertai acara padang dan balapan, gimnastik berirama, pelayaran, angkat berat dan terjunan.

Peserta Malaysia yang lain ialah Navin Raj Subramaniam, 17 (lompat tinggi), Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan, 17 (110m lari berpagar), Mohd Fahme Zam Zam Mehamad, 17 (lompat galah), Lee Wan Nin, 15 (gimnastik), Khairunneeta Mohd Affendy, 15, dan Muhamad Amirul Shafiq Md Jais, 16 (pelayaran), Fatin Atikah Osman, 17 (angkat berat), Pandelela Pamg, 17, dan Oii Tze Liang, 17 (terjunan). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan