Khidmat Adun Pasu Masih Diperlukan PTNT

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) masih memerlukan khidmat jurulatih import Adun Pasu bagi melatih atlet tinju negeri ini.

Ahli Jawatankuasa PTAT Abdullah Siok berkata kontrak jurulatih import itu akan diperbaharui bagi membolehkannya melatih atlet baru terutama untuk menghadapi Sukma 2011.

Bekas jurulatih tinju Thailand itu banyak membantu Terengganu dalam Sukma Melaka baru-baru ini yang membolehkan pasukan itu memenangi satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa, katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Abdullah berkata PTAT membentuk satu jawatankuasa khas baru-baru ini bagi mencari bakat baru untuk dilatih memandangkan semua peninju yang menyertai Sukma lepas telah melebihi had umur yang disyarat untuk sukan itu.

PTAT meninjau gelanggang muay thai yang ada di Besut untuk mencari peninju berbakat di kalangan ahli sukan berkenaan bagi mengisi kekosongan dalam kategori 64 kilogram ke atas, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan