237 Gimnas Sertai Kejohanan Antarabangsa Antara Kelab Esok

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Gimnastik Berirama Antarabangsa Antara Kelab Piala Angel Keempat telah menarik penyertaan 237 gimnas dari 10 buah negara.

Kejohanan dua hari itu, anjuran Kelab Berirama Serdang Angels, akan berlangsung di Gimnasium 1, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, mulai esok.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Kok Mong Lin berkata 74 gimnas akan mengambil bahagian dalam acara individu manakala selebihnya dalam kategori berpasukan.

"Negara yang bertanding kali ini ialah Cyprus, Uzbekistan, Australia, New Zealand, China, Taiwan, Jepun, Indonesia, Thailand dan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kok berkata Malaysia akan diwakili oleh dua pasukan iaitu Serdang Angels dan pasukan Unique, dalam acara berpasukan.

Sebelum ini, Malaysia muncul juara keseluruhan pada tiga edisi sebelum ini iaitu pada 2004, 2006 dan 2008.

Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia, Linda Lim berkata mereka berhasrat mempertahankan gelaran kali ini walaupun pertandingan kali ini agak sengit dengan peningkatan pasukan luar negara.

Katanya antara gimnas harapan negara untuk merangkul emas ialah Masdewi Alice Cheah dan Keshia Jasmine Ashaari. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan