MOM Minta Penjelasan India Mengenai Dakwaan Diskriminasi

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan meminta penjelasan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel New Delhi mengenai dakwaan diskriminasi dan pilih bangsa yang diterima oleh seorang bekas editor sukan dari Malaysia.

Setiausaha kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata sungguhpun hubungan baik nya dengan Jawatankuasa Olimpik India, MOM perlu menjelaskan mengenai dakwaan bekas editor sukan Malay Mail, Tony Mariadass.

Sieh berkata beliau sedar dengan layanan buruk yang diberikan pegawai India dan sebelum ini telah menghantar surat aduan kepada jawatankuasa itu.

"Tetapi mereka tidak pernah menjawab surat saya. Dan apabila masalah Mariadass disiarkan oleh Hindustan Times semalam, saya terkejut apabila mengetahui bahawa rakyat Malaysia yang bertugas dengan jawatankuasa itu menerima layanan yang begitu buruk.

"Saya kasihan kepada mereka," katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan Bernama dari New Delhi semalam.

India akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi dari 3 hingga 14 Oktober.

Dalam artikel bertajuk "Kini, Sikap Perkauman Melanda Jawatankuasa Penganjur Sukan" yang disiarkan oleh Hindustan Times, yang memetik Mariadass sebagai berkata bahawa rakyat Malaysia menerima layanan buruk daripada pegawai India.

Beliau berkata tidak seperti pegawai yang dipinjamkan dari Australia, England dan New Zealand yang menikmati layanan terbaik.

Lima rakyat Malaysia bertugas dengan jawatankuasa itu dalam pelbagai kapasiti -- pegawai media untuk pengurus venue, tetapi Mariadass telah berhenti bekerja bulan lepas.

Sieh berkata jawatankuasa itu sebelum ini telah meminta beberapa pakar dari Malaysia untuk mengisi jawatan kosong dalam jawatankuasa tersebut dan pegawai dari New Delhi telah datang untuk mengadakan temuduga di sini.

"Tetapi MOM tidak tahu mengenai perjanjian antara kedua-dua pihak. Dan saya tidak pernah memimpikan bahawa setelah bertugas dengan jawatankuasa tersebut beberapa bulan, mereka akan menghadapi banyak masalah," tambah beliau.

Sieh berkata beliau akan menulis surat sekali lagi kepada pihak berkuasa sukan India untuk meminta penjelasan mengenai dakwaan Mariadass. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan