Lima Pasukan Antarabangsa Sertai Ragbi Cobra - HSBC

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejohanan Jemputan Ragbi Antarabangsa Cobra-HSBC 10 Sebelah tahun ini mendapat galakan tambahan apabila lima pasukan baru dari luar negara mengesahkan penyertaan pada kejohanan edisi ke-41 pada November ini.

Presiden Persatuan Ragbi Gabungan Bekas Pelajar (Cobra) Datuk Krishnan Tan hari ini berkata lima pasukan baru itu ialah Milnerton Old Boys dari Capetown, Afrika Selatan, Bristol Rugby FC (United Kingdom) dan tiga pasukan dari Australia Gordon Rugby, Associates RUFC dan Nedlands.

Tan, timbalan pengerusi jawatankuasa penganjur, berkata kejohanan tahun ini akan menyaksikan peningkatan ketara jumlah hadiah wang tunai dengan pasukan juara membawa pulang US$5,000 (RM16,500) manakala naib juara pula US$2,500 (RM8,250).

Kejohanan tahun ini akan menyaksikan penyertaan 16 pasukan, yang terbahagi dalam empat kumpulan, bagi merebut Piala Hui Weng Choon.

Selain juara bertahan, Borneo Eagles dari Sabah, pasukan tempatan lain pada saingan kali ini termasuk NS Wanderers dari Negeri Sembilan, Alumni Sekolah Alam Shah, Putrajaya (ASAS) dan pasukan tuan rumah, Cobra.

Pasukan yang sering menyertai kejohanan itu seperti Penguins International dari United Kingdom, SA Mustangs dan NNK dari Afrika Selatan juga kembali kali ini, kata Tan.

Terdahulu itu, Tan menerima penajaan berjumlah RM250,000 dari Bank HSBC Malaysia Berhad, sebagai penaja utama bagi tahun keenam berturut-turut. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan