Tanaporn Dahului Pusingan Pembukaan Kelayakan LPGA Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain remaja Thailand, Tanaporn Kongkiarai mendahului pusingan pertama dengan kelebihan tipis pada pusingan kelayakan Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, di sini, Isnin.

Tanaporn, 18, melakukan pukulan satu di atas par 72 untuk mendahului pemain negara Kelly Tan, dengan kelebihan satu pukulan.

"Saya agak puas hati dengan keputusan ini. Semua pemain mahu beraksi pada kejohanan besar dan sudah tentu saya pun ingin bersama," kata Tanaporn, yang menjadi pemain profesional dua minggu lalu.

Seramai 18 pemain dari rantau ASEAN mengambil bahagian pada pusingan kelayakan dua hari itu bagi merebut dua tempat pada Kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia yang bermula 22 hingga 24 Okt ini.

Sementara itu, Kelly, 16, naib juara Kejohanan Terbuka Wanita Amatur Malaysia (MLAO), berkata beliau akan cuba mengekalkan rentak permainan pada pusingan akhir esok.

Tempat ketiga dengan catatan 76 pukulan dikongsi bersama oleh pemain amatur negara Iman Ahmad Nordin dan pemain profesional Thailand Tiranan Yoopan, yang menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-23.

Dalam pada itu, pemain tempatan Nur Duriyah Damian terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir kerana tidak sihat.

Pemain Malaysia mempunyai satu lagi peluang untuk layak ke kejohanan sulung itu yang menawarkan hadiah wang tunai US$1.8 juta (RM5.78 juta) pada pusingan kelayakan Malaysia pada 28 dan 29 Sept ini.

Antara pemain yang telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan utama itu ialah Michelle Wie, Cristie Kerr dan Natalie Gulbis.

Keputusan Pusingan Pertama: (Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan) 72 - Tanaporn Kongkiakrai (THA) 73 - Kelly Tan (Am-Amatur) 76 - Tiranan Yoopan (THA), Iman Ahmad Nordin (Am) 77 - Aretha Pan (Am), Porani Chutichai (THA) 78 - Isza Fariza Ismail (Am), Ainil Johani Abu Bakar (Am) 82 - Khin Thu Thu (MYA) 83 - Diana Tham (Am) 84 - Ines Putri Tjiptadi Chandra (INA), Yin May Myo (MYA), Jessica Ang (SIN) 85 - Sharon Au (Am), Ardilla Ali Rahman (Am) 87 - Genevieve Ling (Am) 90 - Kurika Srisomrit (THA) - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan