Noraseela Diminta Jalani Rawatan Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) akan menyiasat status kecederaan pelari 400 meter berpagar negara Noraseela Khalid, sebelum menghantar laporan dan cadangan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tindakan susulan.

Ketua pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata sekiranya kecederaan Noraseela tidak serius, pemenang pingat emas Sukan SEA Laos 2009 itu wajar mendapat rawatan pemulihan di Jerman supaya tidak menjejaskan program latihan yang telah disusun untuknya.

"Kita (ISN) sentiasa memantau perkembangan Noraseela dan beliau juga kerap berhubung bagi meminta nasihat dari ISN. Sekiranya tahap cedera yang dialaminya teruk, baru kita minta beliau jalani rawatan di Malaysia," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim yang mendakwa MSN telah melakukan pembaziran apabila membiarkan Noraseela terus berada di Jerman, walaupun atlet itu tidak mampu berlatih akibat kecederaan di kaki.

Sehubungan itu, Karim meminta MSN menghantar atlet itu balik dengan segera bagi menjalani rawatan di ISN.

Dr Ramlan juga berkata isu kecederaan atlet sepatutnya tidak perlu dihebohkan kerana ia rahsia atlet terbabit.

"Noraseela merupakan seorang atlet yang bagus serta berfikiran waras dalam membuat keputusan, dan beliau sering merujuk dengan ISN sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan