Kejohanan Basikal Bukit Bantu Promosikan Langkawi

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Sambutan menggalakkan daripada peserta luar negara dalam kejohanan Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2010 yang julung kali dianjurkan di sini, sekaligus dapat mempromosikan pulau pelancongan ini, katanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana kejohanan ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pulau lagenda ini berbanding kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang memberikan tumpuan kepada seluruh negara.

Katanya penyertaan lebih 800 peserta dari dalam dan luar negara pada kejohanan ini adalah di luar dugaan dan yakin kejohanan ini boleh disenaraikan dalam kalendar lumba basikal dunia.

"Ini membuktikan kejohanan ini mempunyai banyak peminat berdasarkan sambutan yang diterima dan akan menjadinya sebagai acara tahunan seperti LTdL," katanya pada sidang akhbar selepas pelepasan acara lasak kejohanan itu di Harbour Park, pantai Kok, di sini, Ahad.

Juara dunia Morgan Pilley dari Belanda, Lachlan Norris dari Australia, merupakan antara 10 pelumba terbaik dunia yang mengambil bahagian dalam acara lasak itu yang menawarkan hadiah RM250,000.

Peserta lain ialah dari Thailand, Indonesia, Australia, Belanda, Filipina, Vietnam, Singapura, Jerman dan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan