Que Tewaskan Rodgers Bagi Merangkul Kejuaraan Selangor Masters

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain golf dari Filipina Angelo Que menang bergaya bagi merangkul kejuaraan dalam kejohanan golf Worldwide Holdings Selangor Masters 2010 di Kelab Golf Seri Selangor di Kota Damansara, di sini, Sabtu.

Beliau menerima US$59,717.43 (RM190,200) dan trofi berprestij dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kemenangan Que, 31, hasil perlawanan penentuan selubang berikutan terikat dengan 278 enam di bawah par dengan pemain England, Chris Rodgers selepas lubang terakhir.

"Ia merupakan kemenangan yang hebat. Saya mendapat kemenangan pertama dalam Jelajah Asia pada 2004 dan saya perlu menunggu empat tahun selepas itu untuk mendapat kemenangan kedua. Dan kini, saya hanya mempunyai dua tahun untuk merangkul kemenangan ketiga saya.

"Ianya bagus...satu perasaan yang hebat. Saya berharap dapat terus menang dan tidak akan berhenti," katanya kepada pemberita.

Walaupun terlepas satu bogey pada lubang ke-18 dalam peraturan permainan untuk masuk ke permainan penentuan, Que mendedahkan bahawa penukaran satu birdie pada jarak pusingan 20 kaki pada lubang ke-16 yang mengheretnya bersaing dengan Rodgers adalah penting.

"Lubang ke-16 adalah faktor utama. Selepas saya memasukkan pukulan leret bogey dalam pusingan, saya begitu lega dan lebih tenang berbanding pagi tadi. Saya gembira berada dalam permainan penentuan kerana hanya saya menentang Rodgers dan bukan lagi dengan perkara lain. Rodgers bermain dengan baik tetapi beliau tidak bertuah dalam permainan penentuan," kata Que.

Rodgers, menerima kekalahan itu walaupun berusaha mendapatkan kemenangan kedua selepas menang dalam Terbuka Pakistan pada 2006.

"Saya menerima kekalahan itu dalam semangat penuh kesukanan. Kami telah berusaha sedaya mungkin kerana kami saling kenal mengenali sejak begitu lama. Ia merupakan kejoahanan yang baik tetapi malangnya saya gagal membuat penyudah yang baik," katanya.

Pemain Thailand, Thaworn Wiratchant menduduki tempat ketiga, dengan satu pukulan keluar daripada permainan penentuan, selepas 68 pukulan tiga di bawah par termasuk bogey berganda pada lubang terakhir manakala pemain Australia, Scott Barr dan Brad Smith berkongsi tempat keempat dengan pemain Filipina, Juvic Pagunsan dengan 280 empat di bawah par.

Pemain Malaysia, Airil Rizman Zahari menduduki tempat ke-14 dengan pemain Thailand, Chawalit Plaphol selepas menamatkannya dengan 74 pukulan tiga di bawah par bagi sejumlah 284.

"Apa yang hendak saya katakan...memang hari ini macam-macam terjadi. Walaupun saya telah mensasarkan untuk mendapatkan mata yang rendah tetapi semuanya tidak kesampaian.

"(Untuk kejohanan ini) saya tidak sedih. Banyak lagi kejohanan yang akan saya sertai selepas ini. Ini adalah pencapaian terbaik saya dalam tahun ini," katanya.

Menurut Airil Rizman, selepas dua tahun tidak bermain dengan baik, kejohanan golf Selangor Masters ini dianggap sebagai titik permulaan semula bagi dirinya untuk berjaya dalam bidang yang diminatinya itu.

Sementara Iain Steel dan S. Sivachandran terikat di kedudukan ke-35 bersama tiga pemain lain, M. Sasidaran (ke-40), Danny Chia dan Shaifubari Muda (ke-49), Anis Hassan (ke-55) dan Ng Shern Wei (ke-63). - - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan