Malaysia Sasar Satu Pingat Pada Sukan Olimpik Remaja

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Dua pelayar negara, Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan Khairuneeta Mohd Afendy menjadi sandaran untuk menyumbang satu pingat kepada Malaysia pada Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata warna pingat tidak ditetapkan tetapi pihaknya menaruh harapan untuk meraih sekurang-kurang satu pingat.

"Kita berharap sasaran itu akan berhasil dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelayar itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Sabtu.

Beliau berkata kedua-dua pelayar itu akan berlepas ke Kuala Lumpur dan menerima bendera Malaysia daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Ahad.

Kontinjen negara bagi Sukan Olimpik Remaja yang terdiri daripada 22 orang iaitu 13 atlet, lapan jurulatih dan ketua kontinjen akan bertolak ke Singapura 10 Ogos ini.

Malaysia menyertai acara terjun, badminton dan pelayaran pada sukan itu.

Sementara itu, MYA sedang mengadakan pemilihan pasukan "Keel boat" di Lumut, Perak untuk menghadapi Sukan Asia 2010 di China pada penghujung tahun ini.

Mohd Afendy berkata hanya satu pasukan mengandungi lima pelayar akan dipilih menyertai sukan itu.

Beliau berkata enam pasukan sedang menyertai pemilihan tiga hari itu yang berakhir Sabtu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan