Kah Yan Terima Insentif Tertinggi Wilayah Persekutuan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Chan Kah Yan menggondol insentif tertinggi berjumlah RM26,000 di atas kejayaannya mengharumkan skuad Wilayah Persekutuan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka Jun lalu.

Olahragawati terbaik Sukma Melaka ini menyumbang tujuh emas dan dua perak serta memecahkan dua rekod kejohanan.

Kah Yan, 18, adalah antara 169 atlet, 111 pengurus dan jurulatih serta 24 pasukan yang menerima insentif hari ini kerana berjaya menyumbang pingat kepada Wilayah Persekutuan pada Sukma tersebut.

Pemenang pingat emas menerima RM3,500 untuk acara individu dan RM7,000 untuk berpasukan, pemenang pingat perak pula menerima RM2,000 (individu) dan RM4,000 (berpasukan) sementara RM1,000 diberikan kepada pemenang pingat gangsa bagi individu dan RM2,000 bagi acara berpasukan.

Insentif disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata sejumlah RM992,300 diperuntukkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) untuk pemberian insentif tersebut.

Beliau turut mengingatkan persatuan sukan di Wilayah Persekutuan agar terus konsisten serta menjauhkan diri dari segala konflik yang boleh memusnahkan masa depan sukan negara.

"MSWP juga diingatkan sebagai badan penyelaras, ia perlu lebih dinamik dan cekap dalam mengatur kerjasama dengan persatuan sukan di bawah naungan mereka," katanya.

Wilayah Persekutuan menduduki tempat ketiga dalam Sukma 2010 dengan kutipan 43 emas, 42 perak dan 49 gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan