Pembinaan Valedrom di Dungun Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Veledrom mini ketiga di negara ini akhirnya akan dibina di Kampung Balai Besar di sini, walaupunpun sebelum ini ia mendapat bantahan daripada segelintir penduduk setempat.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata valedrom terbuka itu akan dibina di kawasan seluas 12 hektar di kampung berkenaan setelah segala permasalahan berhubung pembinaannya diselesaikan.

Beliau berkata valedrom yang menelan kos RM3 juta dan dijangka siap dalam tempoh setahun itu turut menempatkan trek sepanjang 333 meter yang merupakan trek standard antarabangsa.

Valedrom itu adalah yang ketiga di negara ini selepas di Cheras, Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak dan diharapkan pembinaannya dapat menyemarakkan minat orang ramai dalam acara basikal terutama di Terengganu.

"Ini kerana di Terengganu sudah ada komuniti pelumba basikal yang besar dan mempunyai rekod melahirkan ramai jaguh negara. Pembinaan valedrom ini juga akan membantu menyediakan tempat latihan berbanding menggunakan lebuh raya," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah valedrom itu, di sini, Khamis.

Beliau berkata beberapa kemudahan tambahan seperti gimnasium dan keperluan sukan basikal dirancang turut dibina di valedrom itu dalam fasa seterusnya.

Ahmad Shabery berkata keistimewaan trek di valedrom itu ialah ia menggunakan teknologi dari Jepun yang membolehkan trek diguna selepas hujan berbanding trek yang dibina sebelum ini.

Ditanya mengenai bantahan penduduk setempat berhubung pembinaan valedrom sebelum ini, beliau berkata tapak baru itu lebih baik dan luas.

"Ia adalah cadangan daripada Pejabat Daerah selain terletak berdekatan sekolah yang membolehkannya diguna untuk sukan lain," katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga merancang membina sebuah valedrom bertaraf antarabangsa di Labu, Negeri Sembilan.

Pembinaan valedrom itu dijangka diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan