Kelly Tan Lakar Kejutan Dengan Dahului MLAO

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain remaja negara Kelly Tan melakar kejutan terbesar pada Kejohanan Golf Terbuka Wanita Amatur Malaysia (MLAO) 2010 apabila mendahului pusingan pertama di Kelab Golf Mines Resort, di sini, Selasa.

Tan mempamerkan semangat juang tinggi dengan mencatatkan pukulan tujuh bawah 64, meninggalkan juara bertahan Michelle Koh dengan kelebihan tiga pukulan di tempat kedua.

Beraksi buat pertama kali di lapangan itu, Tan memulakan saingan pusingan pembukaan dengan membenam tujuh birdie pada lubang pertama, ketiga, kelima, ketujuh, 13, 14 dan lubang ke-15.

Sebelum melangkah ke kejohanan itu, pelajar berusia 16 tahun itu telah merangkul tiga kejuaraan tahun ini iaitu SUKMA di Melaka pada Jun, Kejohanan Amal Tan Sri Muhyiddin (27 Jun) dan Sukan Sekolah-Sekolah Asean pada bulan lepas.

Selain mengenepikan saingan Koh, Tan juga memiliki kelebihan 11 pukulan ke atas pemenang pingat perak Sukan SEA Laos 2009, Yupaporn Kawinpakorn dari Thailand, yang menutup pusingan pertama dengan 75 pukulan.

"Saya hanya bermain biasa sahaja dan melakukan pukulan put yang baik," kata Tan, pelajar Sekolah Menengah Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

"Saya harap untuk meneruskan rentak permainan seperti hari ini pada dua pusingan seterusnya dan melakukan lebih banyak pukulan birdie," kata Tan, yang berlatih di Akademi Golf Pasifik di Sabah di bawah bimbingan Duncan Moody.

Pemain Thailand Paphatsorn Supapinyo dan pemain tempatan Iman Ahmad Nordin terikat di tangga ketiga dengan pukulan dua bawah par 69.

KEPUTUSAN PENDAHULU PUSINGAN PERTAMA (Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

64 - Kelly Tan

67 - Michelle Koh

69 - Paphatsorn Supapinyo (THA), Iman Ahmad Nordin

71 - Diana Tham, Melissa Loh (SIN)

72 - Supamas Sangchan (THA)

73 - Ines Putri T.Chandra (INA)

74 - Jaruporn Palakawong Na Ayutth (THA), Khi Thu Thu (PHI), Geleen Handong (PHI)

75 - Yupaporn Kawinpakorn (THA)

77 - Cicilia Chudivan (INA), K.Dayanitha, Aretha Pan, Mimi Ho (HKG) - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan