Mohd Ajmal Aiman Menang Gangsa Di Kejohanan Asian All Stars

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Atlet muda Malaysia Mohd Ajmal Aiman Mat Hassan memenangi pingat gangsa tunggal negara dalam Kejohanan Asian All Stars di Delhi.

Anak kelahiran Terengganu itu berada di tempat ketiga dalam acara 110m lari berpagar lelaki dengan catatan 14.61s. Jamaras Rittidet dari Thailand memperoleh emas manakala Al-Shamari Fawaz dari Kuwait pula meraih perak.

"Saya tidak menjangka akan menang dalam perlumbaan ini. Kebanyakan pelari lebih senior daripada saya. Saya hanya lakukan yang terbaik. Fokus saya seterusnya ialah Olimpik Belia (bulan depan di Singapura)," kata Ajmal kepada Bernama.

Bagaimanapun tiga lagi atlet Malaysia mempamerkan prestasi hambar dalam kejohanan dua hari itu, yang berakhir semalam di Stadium Jawaharlal Nehru yang baru dibina.

Harapan Malaysia dalam acara 400m P. Yuavaaraj turut mengecewakan apabila berada di tempat ketujuh dengan catatan 48.04s, berbanding masa terbaiknya 47.31s.

K. Ganthi Manthi, yang baru pulih daripada sakit, di tempat tercorot acara 800m wanita (2:18.29) manakala Mohd Jironi Riduan pula gagal menyerlah dalam dua acara kegemarannya iaitu 800m lelaki (1:52.32) dan 1,500m lelaki (3:57.02).

"Keseluruhan prestasi atlet Malaysia di sini okay, namun catatan masa Yuavaaraj agak mengecewakan. Kehadiran kami di sini lebih kepada mendapatkan pendedahan dan kejohanan kami seterusnya ialah Terbuka Sri Lanka bulan depan," kata Anthony Samy Selvarajoo, pengurus pasukan Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan