Kejohanan Golf Terbuka Kelantan Tawar Hadiah RM445,000

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seramai 200 pemain golf akan berentap pada kejohanan Golf Terbuka Kelantan ke-36 di Kelab Golf dan Desa Kelantan (KGGC), yang menawarkan hadiah berjumlah RM445,000 bermula 3 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Mohamed Ibrahim berkata enam daripada peserta terdiri daripada pemain senior Persatuan Golf Malaysia (MGA), yang anggotanya terdiri daripada kalangan pemain profesional negara.

"Kejohanan diadakan selama tiga hari, bermula pada 3 hingga 5 Julai ini, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM445,000," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata dua buah kereta jenis Kia Forte dan Toyata Vios dan sebuah banglo ditawarkan kepada pemain yang berjaya membuat pukulan selubang di tiga lubang utama pada kejohanan itu.

"Pemain yang berjaya membuat pukulan itu (hole in one) pada tiga lubang yang ditetapkan akan menerima sebuah kereta atau sebuah banglo," katanya.

Beliau berkata kejohanan tajaan Celcom dan MAS memlibatkan 23 buah kelab golf dari seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan