Dua Pelumba Junior Sahut Cabaran Di Itali

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memilih dua pelumba muda dari skuad pelapis negara untuk menyertai Kejohanan Lumba Basikal Remaja Dunia di Montichiari, Itali pada awal Ogos nanti.

Pengurus sukan pelapis kebangsaan, Azrain Mohamed Yusof berkata Mohd Arfy Qhairant Amran dan Mohd Fattah Amri Zaid dipilih berdasarkan kejayaan cemerlang mereka sepanjang tahun ini.

"Kejohanan ini merupakan sebagai satu pendedahan buat pelumba muda negara kerana mereka memerlukan pendedahan yang secukupnya diperingkat dunia sebelum layak bergelar atlet elit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Azrain berkata oleh kerana penyertaan ini adalah sebagai pendedahan awal kepada Mohd Arfy dan Mohd Fattah Amri, MSN tidak meletakkan sebarang sandaran pingat kepada mereka namun sekiranya memenangi sebarang pingat ia adalah satu bonus.

"Ini adalah bukan penampilan kali pertama mereka ke kejohanan luar negara, saya fikir mereka tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti," katanya.

Beliau yakin Mohd Arfy dan Mohd Fattah Amri tidak akan menghadapi masalah besar beraksi pada bulan Ramadan kerana MSN akan berkerjasama dengan Insitut Sukan Negara (ISN) dalam memilih pemakanan yang sesuai untuk mereka.

"Keputusaan MSN untuk menghantar Mohd Arfy dan Mohd Fattah Amri dibuat berdasarkan persetujuan ketua jurulatih basikal kebangsaan, John Beasley," katanya.

Sementara itu, Mohd Arfy berkata beliau gembira kerana diberi peluang untuk beraksi dijohanan itu dan berazam untuk melakukan yang terbaik.

"Sebagai seorang pelumba pelapis, masih banyak perkara lagi perlu saya pelajari sebelum ke kejohanan bertaraf dunia.

"Namun, saya akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada latihan persiapan selama lebih kurang dua bulan ini agar mampu buktikan sesuatu di Itali nanti," katanya.

Sebelum ini, MSN pernah menghantar dua pelumba remaja iaitu Muhammad Zulhilmie Afif dan Adiq Husaini Muhd Othman beraksi pada kejohanan yang sama di Moscow, Russia tahun lepas.

Adiq Husaini memenangi pingat gangsa bagi acara scratch 10 kilometer (30 pusingan) pada kejohanan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan