Pelari Kenya Kuasai Maraton Standard Chartered KL 2010

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jalan licin akibat hujan pada awal perlumbaan ternyata tidak menghalang pelari jarak jauh Kenya untuk menguasai kejohanan Maraton Standard Chartered KL 2010, semalam yang menyaksikan Nelson Kirwa Rotich muncul juara dengan catatan dua jam 16 minit 44 saat.

Catatan itu merupakan rekod baru berbanding tahun lepas iaitu dua jam 17 minit 2 saat oleh Julius Kilimo Kipkorir, juga dari Kenya.

Dua rakan senegara Rotich, Lilan Kennedy Kiproo dan Luka Kipkemboi Chelimo pula menamatkan perlumbaan sejauh 42.195 kilometer itu, yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, di tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 2'16:55s dan 2'16:56s.

Nelson yang merupakan naib juara kejohanan sama tahun lepas, menerima cek US$17,500 (RM56,753) daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, manakala Lilan dan Luka masing-masing membawa pulang US$8,000 (RM25,944) dan US$5,000 (16,215).

Nelson berkata ramai peserta melakukan kesilapan kerana tidak bersedia dengan situasi jalan yang agak licin akibat hujan pada awal perlumbaan.

"Daripada pengalaman sebelum ini, saya cuba berusaha untuk mengurangkan kesilapan dan akhirnya saya berjaya hari ini," katanya.

Seramai 16,500 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$100,000 (RM350,000). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan