Golf: Watson Menang di Travelers

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CROMWELL, Connecticut: Bubba Watson meraih gelaran pertama Jelajah PGA dengan bangkit daripada ketinggalan enam pukulan untuk menang Kejuaraan Travelers dalam saingan playoff tiga penjuru.

Watson melakukan birdie daripada jarak tiga kaki pada lubang playoff kedua untuk menewaskan Scott Verplank dan kapten Ryder Cup, Corey Pavin, selepas mereka semua mencatatkan 14 di bawah par.

Justin Rose yang memenangi gelaran pertama Jelajah PGA di Memorial awal bulan ini, mendahului dengan tiga pukulan ketika memulakan pusingan terakhir.

Namun pemain berusia 29 tahun dari England itu jatuh kepada satu di atas par selepas sembilan lubang pertama dan berakhir dengan catatan lima di atas par 75.

Pavin pula tersingkir pada lubang playoff pertama.

Verplank gagal melakukan birdie di lubang playoff kedua, iaitu lubang ke-16, par 3, selepas pukulan tee off pendek. -AP

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan