Azizulhasni Tidak Diturunkan, Bagi Peluang Pelumba Pelapis

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang tidak akan diturunkan pada kejohanan Piala Trek Asia 2010 pusingan Malaysia yang bermula hari ini hingga Ahad ini di Velodrome Cheras di sini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata keputusan itu diambil untuk memberi peluang kepada pelumba pelapis termasuk Mohd Syamil Baharom, Junaidi Mohd Nasir dan Akmal Amrun menguji keupayaan mereka berlumba dengan pelumpa handalan dari Jepun dan Korea Selatan.

"Kita tidak boleh mengharapkan Azizul sahaja. Kita ada enam hingga tujuh pelumba yang boleh kita asah, yang boleh diharap untuk membawa pulang pingat emas pertama di Olimpik," katanya selepas perasmian kejohanan itu oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong. Beliau berkata selain Mohd Azizulhasni, Mohd Hafiz Suffian, Mohd Rizal Tisin dan pelumba wanita Fatehah Mustapha juga tidak akan diturunkan.

"Fatehah tidak diturunkan kerana beliau baru menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) selepas Sukma (Sukan Malaysia) baru-baru ini.

"Beliau tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa acara selama sebulan," katanya.

Lapan negara iaitu Uzbezkistan, Iran, Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Malaysia akan berentap dalam acara tahunan itu yang telah diadakan sejak 2003.

Pada pusingan pertama di Velodrome Hakodate, Hokkaido, Jepun dua minggu lepas, pasukan negara berjaya meraih dua emas, dua perak dan dua gangsa dalam kejohanan itu termasuk Mohd Azizulhasni yang memenangi acara keirin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan