Kejayaan Sukma Bukti Malaysia Tidak Ketandusan Atlet Pelapis

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan atlet-atlet program Majlis Sukan Negara (MSN) meraih 279 pingat emas daripada 434 emas ditawarkan semasa Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka membuktikan Malaysia tidak ketandusan atlet muda, yang berpotensi untuk cemerlang di peringkat antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata daripada 279 pingat emas itu, 87 diraih atlet pelapis kebangsaan sementara 192 dimiliki atlet elit.

"Jumlah keseluruhan atlet Pelapis dan Elit di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) yang beraksi di Sukma Melaka ialah 1,723 daripada 6,500 keseluruhan atlet yang mengambil bahagian.

"Sebanyak 14 rekod kebangsaan dan 87 rekod Sukma berjaya dipecahkan di Melaka dan kesemua rekod-rekod ini dicatatkan oleh atlet Program Pelapis dan Elit MSN," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober dan Sukan Asia di Guangzhou, China dari 13 hingga 21 November ini.

Beliau berkata kejayaan Sukma ke-13, yang berlangsung dari 10 Jun dan berakhir Sabtu lepas, meletakkan tanda aras baru daripada segi rekod kebangsaan dan rekod temasya yang berjaya dipecahkan.

Pada edisi 2002 di Sabah, hanya tujuh rekod kebangsaan dan 62 rekod Sukma dipecahkan dan di Negeri Sembilan pada 2004, sebanyak sembilan rekod kebangsaan dan 49 rekod temasya dipecahkan.

Edisi 2006 di Kedah menyaksikan hanya dua rekod kebangsaan dan 38 rekod Sukma dipecahkan dan di Terengganu, dua tahun lalu, tujuh rekod kebangsaan dan 54 rekod temasya dipecahkan.

"Berdasarkan statistik, program yang dijalankan oleh MSN tampak berada di landasan betul dan Malaysia dijangka tidak bermasalah untuk mencari pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa," katanya.

Daripada segi pungutan pingat antara negeri-negeri, katanya kutipan pingat Sukma Melaka dilihat lebih seimbang dan tidak didominasi negeri tertentu manakala prestasi atlet di negeri-negeri semakin meningkat dan saingan ini baik bagi masa depan sukan negara.

Ahmad Shabery memberi contoh Terengganu, yang mempertahankan kejuaraan di Melaka, hanya memungut 47 emas sahaja berbanding 61 emas semasa menjadi tuan rumah temasya itu dua tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan