Sambutan Hari Belia Pulau Pinang Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pelbagai acara menarik seperti karnival sukan bermotor, pertunjukkan lagak ngeri, aksi drift, pameran audio, pameran kenderaan pacuan empat roda dan konvoi motorsikal berkuasa tinggi, dirancang bagi memeriahkan sambutan Hari Belia peringkat negeri di Stadium Batu Kawan pada hari Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang Abd Jalil A.Rashid berkata sambutan dengan tema "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara" itu dijangka akan dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.

"Aktiviti lain yang disediakan termasuk ceramah kerjaya, senamrobik, larian rakyat, pertandingan Aerobathon, jualan "car boot sale" serta tawaran servis motorsikal percuma kepada pengunjung, dan banyak lagi. Acara bermula dari pukul 7.45 pagi sehingga 11 malam," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata tujuh anugerah belia akan disampaikan pada hari tersebut iaitu Anugerah Perdana Pertubuhan, Anugerah Keusahawanan, Anugerah Kepimpinan, Anugerah Kesukarelaan, Anugerah Wira Tani, Anugerah Kemahiran dan Inovasi serta Anugerah Tokoh Jasa Belia.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai hari sambutan itu boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan menelefon 04-2616118 atau layari laman web www.jbspenang.gov.my. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan