MOM Yakin Peroleh Pingat Dari Acara Terjun

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin atlet terjun negara Pandalela Renong berupaya meraih pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura yang akan berlangsung Ogos ini.

Setiausaha Kerhormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata keyakinan itu berasaskan pencapaian Pandalela sebelum ini selain pernah beraksi di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"MOM mempunyai sasaran tersendiri dan sekiranya negara China tidak menghantar barisan atlet terjun terbaiknya kita mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat di Singapura nanti," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Tahun lepas, Pandalela meraih tempat ketiga dalam acara 10 meter terjun berirama berkumpulan pada Kejohanan Siri Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang berlangsung di Rom.

Selain itu, MOM katanya turut meletakkan harapan kepada atlet lompat tinggi Navin Raj Subramaniam untuk membawa pulang pingat bagi Malaysia.

Harapan itu bersandarkan kepada catatan terbaik Navin pada 2.09 meter yang dibuatnya sebelum ini, kata Sieh.

Beliau berkata secara keseluruhannya MOM mensasarkan tiga pingat tanpa mengira warna pada temasya tersebut.

"MOM akan menghantar seramai 13 atlet yang akan mengambil bahagian dalam acara renang, terjun, angkat berat, badminton, gimnastik berirama, olahraga dan pelayaran," katanya.

Antara atlet berkenaan ialah Lai Wei Li, Ooi Tze Liang (Renang), Fatin Atikah Osman (Angkat berat), Sonia Cheah Su Ya, Lee Wan Nin (Badminton), Mohd Ajmal Aiman Mat Hassan, Mohd Fahme Zamzam Mehamed, Mohd Amirul Shafiq Mohd Jais (Olahraga) dan Khairuneeta Mohd Afendy (Pelayaran).

Sieh bagaimanapun menegaskan temasya itu tidak boleh dijadikan ukuran dalam menilai keupayaan peserta memandangkan tidak semua atlet terbaik dunia akan mengambil bahagian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan